Followers

Salam hormat pada semua pembaca.. Blog ini diwujud

Asal-Usul Perniagaan


Syarikat Apa Yang Sebenarnya Disebalik Infinity Downline?
Infinity Downline merupakan idea Peter Wolfing, iaitu Presiden Syarikat Multiplex Systems Inc, New York. Syarikat ini sudahpun 12 tahun di dalam industri Bisnes Maya khususnya dalam mencipta perisian dan sistem untuk mengendalikan bisnes maya. Syarikat ini juga terlibat dengan pelbagai syarikat MLM yang lain di Amerika iaitu dalam mencipta sistem pembayaran dan juga sistem pengendalian program MLM secara bisnes maya untuk syarikat-syarikat MLM tersebut. Inilah yang membuatkan mereka pakar yang mampu mencipta sistem baru untuk program mereka sendiri.




Di Mana HQ Infinity Downline di Asia?
Selamat Datang ke alaf baru abad ke-21 di mana teknologi telahpun membawa kita ke arus perkembangan yang melihatkan pelbagai bisnes dijalankan menyeberangi segala sempadan di dunia hanya dengan teknologi multimedia dan internet. Multiplex Systems Inc., syarikat yang melancarkan Infinity Downline dan menjalankan sistem alam mayanya terletak di New York dan tidak mempunyai sebarang pejabat di Asia, Eropah mahupun di luar New York. Ini adalah kerana mereka tidak memerlukan sebarang HQ yang lain memandangkan produk mereka semuanya di alam maya dan tidak memerlukan gudang ataupun pentadbiran fizikal untuk dikendalikan (bukan seperti jus kesihatan ataupun produk pengguna untuk seisi rumah). Infinity Downline menawarkan produk e-pendidikan yang senang dimuat-turunkan dengan serta-merta di mana-manapun di dunia selagi adanya talian internet, jadi ia tidak memerlukan sebarang pejabat tempatan. Ia merupakan sebuah Program Affiliate yang 100% berunsurkan Bisnes Internet.




Kenapa Pula Mereka Memberi Komisyen 100%?
Asalnya Multiplex ingin mengiklankan produk mereka di pasaran luas tetapi apabila mereka menyedari bahawa tahap pengiklanan kini sudah amat tepu dan ramai pengguna sudahpun lali dengan jumlah pengiklanan yang berleluasa di internet dan juga di alam nyata, mereka pun meneroka cara yang baru pula. Tentunya pengiklanan yang paling efektif merupakan kaedah 'personal recommendation' ataupun pengguna yang menyampaikan maklumat tentang sebuah syarikat atau produk secara langsung kepada rakan-rakan dan keluarga. Ini yang membuatkan Peter Wolfing mencipta sistem Infinity Downline yang membolehkan Multiplex mengiklankan nama dan produk mereka ke serata dunia pada kos yang sama mengikut belanjawan pengiklanan mereka, tetapi melalui kaedah yang lebih efektif




Menguntungkan Semua Pihak? Betul ke?
Dengan menawarkan komisyen 100% dan sistem percuma, Syarikat Multiplex telahpun menyebarkan program ini ke 163 negara di dunia dalam masa yang amat singkat - sekaligus membolehkan mereka mencapai matlamat pengiklanan mereka dengan pantas. Ini dinamakan "Viral Marketing" ataupun "Pemasaran Cepat Merebak" ('Viral' bereti 'seakan penyakit/virus yang cepat merebak'). Tanpa Komisyen 100% dan Pembayaran Langsung dari ahli ke ahli melalui Master Resell Rights, tidak mungkin perebakan peluang ini akan berlaku. Justeru itu, melalui Pelan Bisnes ini Multiplex mendapat pengiklanan produk mereka dan orang ramai pula mendapat peluang bisnes yang hebat serta pendapatan yang lumayan yang membolehkan program ini terus 'merebak'. Inilah yang menguntungkan semua pihak yang terlibat - pengguna serta pengelola program. 'Win-Win Situation' untuk semua
Related Posts with Thumbnails

Facebook Live Stream