Followers

Salam hormat pada semua pembaca.. Blog ini diwujud

KEBESARAN ALLAH

hari ini..di port dickson digemparkan dgn 1 petunjuk yg ALLAH beri kpd umatnya agar sedar bhwa solat tu amat pntg...

Ibu tunggal terkejut lihat telekung 'bangun'


AZIZAH menunjukkan keadaan telekong yang duduk seperti orang bersolat di rumahnya di Bandar Sunggala, Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - "Selepas memakai kain sarung saya terkejut melihat telekung yang sebelum ini dalam keadaan berlipat, telah duduk seperti orang sedang bersolat."

Demikian cerita seorang ibu tunggal, Azizah Jalil, 61, ketika hendak bersolat Asar di rumahnya di Bandar Sunggala di sini pada pukul 5 petang Selasa lalu.

Sebelum itu menurut Azizah, pada sebelah malamnya, dia bermimpi berada di sebuah tanah perkuburan Islam di Mekah sebelum menunaikan solat di Masjidil Haram.

"Sejak kejadian itu, saya tidak berani untuk mengusik atau mengalihkan telekong ini. Mungkin ini satu petunjuk daripada Allah dan saya tidak tahu kenapa saya dipilih untuk mengalaminya," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

(dipetik dari kosmo 10.6.2010)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Facebook Live Stream