Followers

Salam hormat pada semua pembaca.. Blog ini diwujud

GAME YG BAKAL AK NK CUBA MAIN..SAME LIKE DOTA..BRO SANGKUT NK CUBA??


Defense of the Ancients (DotA) Allstars adalah custom map yang direka menggunakan Engine Warcraft 3. Sekarang ia dibangunkan oleh Icefrog dan mendapat sokongan dari banyak komuniti peminat Dota seluruh internet. Icefrog banyak membuat pembaharuan dan perubahan pada map asal Dota membuatkan Dota menjadi semakin popular dan ramai menyifatkan Icefrog sebagai genius.

Itu cerita mengenai Dota dan icefrog, kali ini nak cerita mengenai game terbaru ala Dota iaitu League of Legends (LoL). LoL dibangunkan oleh insan bernama Steve “Guinsoo” Feak bersama beberapa rakan yang membentuk syarikat bernama Riot Games. Baca lebih lanjut mengenai LoL dan DotA di sini.

LoL sekarang masih dalam beta testing dan boleh dimainkan secara percuma jika anda telah berdaftar menggunakan beta key. Sebelum ini, menggunakan sedikit trick, saya berjaya mendapatkan 8 beta key untuk saya dan rakan2 dari website Curse.com yang memberi beta key kepada pengguna internet dari US dan UK sahaja. Kini, saya akan menunjukkan cara bagaimana untuk mendapatkan beta key dari website lain pula. Saya juga boleh menjemput lima rakan untuk bermain game ini, jadi siapa yang berminat sila cepat2 bagitahu ya!

Apa itu League of Legends (LoL)

League of legends adalah game multiplayer online battle arena (moba), konsepnya sama seperti Dota, anda pilih team dan hero kemudian berperang membunuh hero dan askar pihak lawan seterusnya menghancurkan tower bagi mengklaim kemenangan.

Champions


Senarai champions (hero) dalam game Lol, lebih ramai akan ditambah di masa hadapan.


Screenshots

Grafik game LoL menggunakan teknologi 3D cell-shading dengan cartoony style. Warna yang digunakan terang dan ceria serta agak cantik. LoL boleh dimainkan dengan grafik card yang sangat low end seperti Intel GMA akan tetapi anda digalakkan menggunakan grafik card high end untuk mencapai kualiti grafik “very high details”.



Cara mendapatkan beta key

Saya menggalakkan anda untuk menjadi fans LoL di facebook untuk mendapatkan perkembangan terkini game LoL.

Zam.com kini memberi peluang untuk anda request beta key game LoL. Hanya perlu sign up di Zam Coupon Lol dan login untuk mendapatkan key anda.

Akaun saya juga membenarkan saya untuk invite 5 rakan untuk bermain Lol. Jika anda mahu menerima invitation dari saya, sila tinggalkan emel di bahagian komen. Siapa cepat dia dapat ya!

Daftar akaun dan download game client

Daftar akaun dan download game client di sini. Lol signup. Size client ialah sekitar 500-600mb dan masa untuk install dan update client adalah sangat lama, harap sabar ya!

LoL pada awalnya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan, namun patch update banyak meningkatkan prestasi game ini menjadikannya lebih menarik.

Grafik cel-shading mungkin setengah orang suka dan setengah orang tak suka. Bagi saya grafik tidak penting asalkan gameplay menarik.

Sound agak bagus, gameplay music menarik dan ada suara macam dalam Dota seperti “Killing spree” dan “Beyond Godlike”. Menu dan chatroom agak bosan kerana tiada muzik latarbelakang.

Fungsi lag-free dan boleh reconnect memang terbaik. Boleh dikatakan sangat jarang saya mengalami lag dan delay ketika bermain Lol berbanding menggunakan Garena. Jika terputus connection (dc) saya boleh reconnect semula dan sambung bermain game (resume).

Sesetengah champion sangat cool dan kuat gila. Ada fungsi summoner, iaitu anda boleh pilih 2 abiliti sampingan untuk hero seperti Heal dan Teleport. Di kedai barangan, anda boleh pilih item yang dicadangkan untuk setiap hero yang anda pilih. Sesuai untuk noob player.

Disamping bermain dengan player lain, anda juga boleh bermain dengan bot. Caranya, create practice game dan pilih bot sebagai team mate dan juga pihak lawan. Final version LoL juga saya rasa akan menyokong Lan game.

Setelah beberapa kali bermain game ini saya boleh simpulkan game ini agak menarik dan menghiburkan. Ringan, senang dimainkan serta tidak serabut kepala.

Jika anda peminat DotA, ini game yang anda harus main! ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Facebook Live Stream